Tuesday, 6 October 2015

.


Syafiqah. Aku ingat lagi waktu mula-mula aku kenal dia. Tahun 2008, dekat sekolah menengah. Hari pertama masuk kelas, normal la kena pilih siapa ketua, penolong, bendahari dan lain-lain. Masatu, ada dua Syafiqah dalam kelas tapi Syafiqah aku yang terpilih jadi penolong ketua. *gaya macam syafiqah tu aku punya je kakaka*


Then keluar rehat tak silap, a
ku tegur dia. Aku cakap hai penolong ke hai Syafiqah entah malas aku nak ingat. Apehal time tu aku peramah sangat?! Itu bukan aku tu heh



Aku kenal dia dengan nama je. Sebab tahun tu kita tak rapat kan pie? Hehe yela masa tu kau rapat dengan Bilnaida. Lepas dia pindah sekolah baru kau mula rapat dengan budak kelas yang lain. Aku ni bukan ingat sangat tapi nak cerita jugak hahaha




Naik form 2, kita rapat jugak lerr kalau aku tak salah. Tapi masatu aku jahat, aku pergi adudomba-kan si Syafiqah ni dengan sorang budak kelas. Budak tu memang kureng sikit la dengan perangai Syafiqah. Aku pun tak tahu la kenapa bangang sangat amik kesempatan konon baik la open dedua punya rahsia. Macam gampang!



Tapi entah macam mana Syafiqah ni still kawan dengan aku. Mungkin sebab aku dulu takde kawan, pemalu dan memang forever alone ah citer dia. Sampai sekarang pun sama je sobs




Kitorang rapat giler masa form 3. Tapi aku tahu, aku tak kenal sepenuhnya pun siapa Syafiqah. Cuma rasa percaya tu yang aku semat masa memula rapat. Lama-lama jadi sayang. Lepas pmr, aku decide nak pindah sekolah. Bukan aku yang decide sebenarnya, tapi ayah dengan ibu. At first, aku memang taknak la kan. Sebab dah biasa dengan sekolah lama dan kengkawan pun ngam. Aku tak sangka pulak aku boleh dapat sekolah teknik tu padahal masatu mohon sama-sama dengan Piqa. Tapi abang dia tak bagi dia keluar sekolah lama. So kitorang pun tak jadi ah kan nak pindah. Nak buat camner, ibu dengan ayah tetap gak nak aku masuk sekolah tu.




Aku dah rasa serba salah nak bagitahu kat Piqa. Dengan kengkawan lain aku okay lagi. Sebab dengan Piqa ni, dia lain macam sikit. Yela dah la kau mohon sama, then tak jadi pergi sesama janji apa semua tetibe aku blah. Tak ke sadis macam tu? Still, aku kena bagitahu jugak. Pagi tu lepas perhimpunan depan dewan tu jugak dia menangis peluk aku. Aku dah speechless weh masatu. Mana aku reti nak pujuk ke apa kot. Memang naya




Dan dia terpaksa 'okay' kan diri dia. Aku tahu dia sedih. Aku sempat masuk beberapa hari je sekolah then buat urusan pindah sekolah etc. Aku paling ingat masa pulang buku teks, pehhh dah la bilik spbt tu jauh dari kelas. Masa pergi pulak aku sorang, memang sedih la kan sepanjang jalan tu. Sempat tengok kawasan sekolah kali terakhir nasib tak leleh je masatu. Macam drama pulak kakaka



Kat sekolah baru, ada la sekali ke berapa entah jumpa Syafiqah. Sebab aku duduk dengan nenek aku untuk dua tahun kat sekolah baru tu. Aku tak masuk asrama sebab aku takut. Mana reti berdikari, teruk betul. Semua dah biasa orang buatkan. Haha



Kitorang selalu je contact. Thru message je la. Mana aku ada whatsapp lagi masatu. Heww



Macam-macam jadi dua tahun tu. Aku tak tahu Syafiqah boleh tahan duduk sekolah tu. Tapi masuk form 5 dia rapat ngan Ateeq ngan Alia. Time tu aku dah boleh senang hati. Sebab Piqa dah happy balik. Ada orang baik-baik dengan dia. Lega ah sikit.




Aku tahu aku takkan ada selalu untuk dia walaupun aku pernah cakap aku akan selalu ada. Aku manusia biasa, mana boleh lari pergi sana sini dalam sekelip mata. Ini bukan drama.



Aku ni bukan jenis yang ayah dengan ibu bagi lepas keluar sukahati. Dorang terlalu takut dengan dunia sekarang sampai tak percaya nak lepaskan aku. So habis je sekolah, ada la sekali dua kali je aku jumpa si Syafiqah. First, lepas amek result spm. Second masa aku datang rumah dia tak silap. Spend the-not-so-whole-day dekat rumah dia. Haa tu je laa seingat aku.




Sementara tunggu keputusan upu, kitorang pun kerja. Memang lagi tak jumpa lah sebab dah masing2 sibuk. Sampai la dedua masuk belajar untuk cari ilmu lain pulak. Kena letak kat negeri sama, Pahang. Tapi tak pernah jumpa. Kelakar, isn't? Aku dekat Muadzam Shah, Piqa dekat Kuantan. Jaraknya cuma satu jam dan kitorang tak pernah jumpa dekat Pahang. Aku rasa kelakar pulak sekarang. Aku tengah gelak ni




Macam aku cakap tadi, ayah dengan ibu still tak percaya kalau aku gerak jauh. Dorang lepaskan aku pergi Pahang pun sebab belajar. Bukan untuk aku lepak ke apa. So memang tak dapat la aku jumpa Piqa ni walaupun ada beberapa kali gak plan nak jumpa. Tapi mesti fail bila sampai bab minta izin. Cuti memang tak sama la. Raya pun aku tak jumpa dia gaisss. Hahahahahaha kelakar en
Aku cuma jadikan blog Syafiqah as hubungan dua hala kitorang. Aku tahu kiter ada whatsapp etc untuk contact, tapi tak sama. Lagipun dia selalu busy, dia jela aku tak busy sangat. Kahkah



Dan sekarang Syafiqah tengah fight untuk final exam last sem dia yang tak lama lagi dah ni. Aku ulang, last sem okayy. Tak jumpa langsung. Budak tu nak dekat tiga tahun kat Kontan tu tapi sekali pun aku tak jumpa dia.
Mungkin bila aku dah kerja nanti kot ayah dengan ibu mula bagi kepercayaan dekat aku? Ngahahahaha lawaknya macam budak kecik en.



Hmm tu je aku nak cerita. Sebab aku rindu Syafiqah. Tu yang teringat tu.
Dah ler, aku nak beradu ni. Dah dua pagi weh! Hahaha



Btw, good luck Norsyafiqah bt Mohd Omar! Semoga berjaya untuk fyp, finals dan intern nanti. Dan semoga berjaya dunia akhirat :*